Saiz Gambar Pasport Malaysia

Ambil gambar dengan menggunakan telefon pintar atau kamera berlatarkan dinding cerah, muat naiknya ke sini dan dapatkan foto yang betul untuk visa, pasport atau ID.
Pilihan tambahan
Muat naik foto & dapatkan hasil

Dalam artikel ini, anda akan menemui semua maklumat tentang saiz gambar passport Malaysia yang betul untuk memastikan permohonan anda berjaya. Kami juga akan berkongsi cara membuat gambar saiz passport anda sendiri di rumah.

Jadual kandungan:

Saiz Gambar Pasport Malaysia dalam cm

Saiz gambar passport dalam cm yang diperlukan ialah 3.5 x 5 cm, sama dengan saiz gambar passport dalam mm: 35 x 50 mm. Jika anda lebih biasa dengan ukuran imperial, saiz gambar passport dalam inci ialah 1.38 x 2 inci. Peleraian imej mestilah 600 dpi dan latar belakang gambar mestilah berwarna putih.

Berikut adalah contoh gambar pasport Malaysia:

Saiz Gambar Pasport Malaysia dalam cm

Saiz Gambar Pasport Digital Malaysia

Dimensi gambar digital adalah sama iaitu 35 x 50 mm. Saiz gambar digital atau saiz gambar passport online untuk Malaysia adalah antara 100 hingga 300 KB dengan resolusi imej 600 dpi. Oleh itu, saiz gambar pasport dalam px adalah 826.77 x 1062.99 piksel. Pastikan gambar digital anda mempunyai pencahayaan yang baik.

Saiz Gambar Visa Malaysia

Peraturan untuk saiz gambar visa Malaysia secara umumnya sama dengan saiz gambar ukuran pasport Malaysia. Untuk permohonan di laman Official Malaysia Visa, anda memerlukan gambar bersaiz 3.5 x 5 cm dengan latar belakang putih.

Manakala, untuk permohonan visa pelajar di laman Education Malaysia Global Services, anda memerlukan gambar bersaiz 217 x 280 piksel dengan latar belakang putih.

Untuk permohonan visa ekspatriat Malaysia, gambar bersaiz 99 x 142 piksel dengan latar belakang biru diperlukan.

Saiz Gambar Lesen Memandu Malaysia

Saiz gambar pasport berbeza dengan untuk lesen memandu. Gambar lesen memandu mestilah bersaiz 25 x 32 mm (2.5 x 3.2 cm) dengan latar belakang putih.

Berikut adalah contoh gambar lesen memandu:

Saiz Gambar Lesen Memandu Malaysia

Parameter Tambahan untuk Gambar Pasport Malaysia

Selain saiz gambar, semasa memohon pasport Malaysia, anda perlu menetapkan parameter tambahan seperti ketinggian kepala dan kedudukan mata. Ketinggian kepala dari dagu ke atas dahi mestilah 29 mm, manakala jarak antara bahagian atas gambar dan bahagian atas rambut mestilah 10 mm.

Dapatkan Gambar Saiz Pasport Malaysia Secara Online

Cara paling mudah untuk memotong gambar anda kepada size gambar passport Malaysia adalah dengan menggunakan alat dalam talian kami.

Visafoto akan membuat gambar saiz pasport Malaysia yang diperlukan serta mengambil kira parameter penting seperti kedudukan kepala dan mata. Alat ini juga akan menggantikan latar belakang dengan putih dan meningkatkan kualiti imej keseluruhan.

Muat naik foto & dapatkan hasil

Ini adalah cara tukar saiz gambar passport anda menggunakan alat kami:

Ambil gambar asal anda seperti contoh di bawah.

Sumber gambar pasport

Anda akan menerima gambar digital pasport Malaysia untuk permohonan dalam talian serta templat gambar yang boleh dicetak.

Contoh gambar pasport Malaysia
Gambar pasport Malaysia untuk dicetak

Gunakan Visafoto untuk memangkas gambar agar sepadan dengan saiz gambar pasport dan visa Malaysia, atau pilih imej daripada senarai yang disediakan.

Cara Mudah Ambil Gambar Pasport Malaysia dengan Telefon Pintar Anda

Apl 7ID: Buat gambar pasport Malaysia dalam beberapa saat
Apl 7ID: Potong gambar passport Malaysia mengikut keperluan rasmi
Apl 7ID: Tukar latar belakang gambar pasport Malaysia anda
Apl 7ID: Dapatkan gambar pasport Malaysia yang mematuhi sepenuhnya

Jika anda mengutamakan kemudahan, mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk mengambil gambar pasport sendiri. Untuk mempermudah proses ini, aplikasi 7ID dari Visafoto adalah pilihan terbaik.

Aplikasi mesra pengguna ini membolehkan anda menangkap dan mengedit gambar pasport terus dari telefon pintar anda, sama ada iPhone atau Android. 7ID menggunakan algoritma canggih untuk memastikan foto anda memenuhi spesifikasi pasport Malaysia. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Ambil gambar menggunakan kamera telefon anda.
  2. Muat naik gambar ke aplikasi 7ID.
  3. Pilih "Malaysia" sebagai negara dan "Pasport" sebagai jenis dokumen.

Setelah itu, 7ID akan secara automatik menyesuaikan gambar anda mengikut spesifikasi rasmi Malaysia, termasuk saiz, format, dan latar belakang putih yang diperlukan. Selepas diproses, anda akan menerima dua fail:

Templat cetak ini berguna jika anda memerlukan salinan fizikal untuk dokumen lain atau kegunaan masa depan.

Jika menghadapi masalah atau mempunyai soalan tentang aplikasi, jangan risau. Pasukan sokongan teknikal tersedia 24/7 untuk membantu memastikan foto anda memenuhi semua kriteria yang diperlukan.

Bagaimana Cara Membuat Gambar Saiz Pasport Malaysia dengan Betul?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda boleh segera menetapkan saiz tepat gambar pasport Malaysia menggunakan Visafoto. Namun, anda juga boleh mengedit saiz gambar pasport sendiri menggunakan editor foto digital.

Berikut adalah cara untuk edit saiz gambar passport menggunakan Photoshop:

  1. Buka Photoshop dan pilih imej yang ingin diedit.
  2. Klik alat ‘Crop’ pada bar alat sebelah kiri.
  3. Letakkan pilihan crop supaya wajah anda berada di tengah-tengah imej dan imej menutupi bahagian atas badan.
  4. Di bahagian atas, tetapkan nisbah aspek kepada 35 lebar dan 50 tinggi.
  5. Tekan Enter, dan gambar pasport Malaysia anda akan dipangkas dengan betul!
Cara memangkas gambar pasport Malaysia di Photoshop: Langkah 1

Untuk mencetak gambar anda, pergi ke bahagian 'Image Size' dan tetapkan lebar dan tinggi kepada 3.5 x 5 cm dengan resolusi 600 dpi.

Cara memangkas gambar pasport Malaysia di Photoshop: Langkah 2

Sila ambil perhatian bahawa anda perlu menyemak bukan sahaja saiz gambar pasport Malaysia, tetapi juga perkara lain seperti ketinggian kepala, kedudukan kepala, dan kedudukan mata.

Visafoto memproses gambar saiz pasport Malaysia secara automatik, dan kami menjamin gambar yang diproses akan diterima. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami 24/7!

Muat turun dan pasang aplikasi Visafoto (7ID) pada telefon anda Muat turun dan pasang aplikasi Visafoto (7ID) pada telefon anda

  • Akses kepada sejarah foto yang lengkap
  • Sokongan untuk foto berbayar melalui sembang dalam aplikasi
  • 7ID termasuk penyimpanan QR dan kod bar percuma, penyimpanan kod PIN percuma, dan pembuat tandatangan percuma

Download 7ID App for iOS   Download 7ID App for Android

Lawati laman web 7ID untuk maklumat lanjut >

© 2014-2024 Visafoto.com | Buat foto | Syarat | Kenalan | Refund policy | Shipping policy | Syarat-syarat Perkhidmatan | Privacy policy
Panduan jurugambar | Bahasa lain-lain | Blog | Pembuat Foto Visa AS Online | Gambar Pasport Malaysia Online | Saiz Gambar Pasport Malaysia | Cara Memperbaharui Pasport Malaysia di Singapura | DV Program: photo, help, form, Q&A, blog. Free!